Advertisemen
La
Galigo di Malaysia dan Riau
Kisah
Sawerigading cukup terkenal di kalangan keturunan Bugis dan Makasar di
Malaysia. Kisah ini dibawa sendiri oleh orang-orang Bugis yang bermigrasi ke
Malaysia. Terdapat juga unusur Melayu dan Arab diserap sama.
Pada
abad ke-15, Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah diserang oleh
‘Keraing Semerluki’ dari Makassar. Semerluki yang disebut ini berkemungkinan
adalah Karaeng Tunilabu ri Suriwa, putera pertama kerajaan Tallo’, dimana nama
sebenarnya ialah Sumange’rukka’ dan beliau berniat untuk menyerang Melaka,
Banda dan Manggarai.
Perhubungan
yang jelas muncul selepas abad ke-15. Pada tahun 1667, Belanda memaksa
pemerintah Goa untuk mengaku kalah dengan menandatangani Perjanjian Bungaya.
Dalam perjuangan ini,Goa dibantu oleh Arung Matoa dari Wajo’. Pada tahun
berikutnya, kubu Tosora dimusnahkan oleh Belanda dan sekutunya La Tenritta’
Arung Palakka dari Bone. Hal ini menyebabkan banyak orang Bugis dan Makassar
bermigrasi ke tempat lain. Contohnya, serombongan orang Bugis tiba di Selangor
di bawah pimpinan Daeng Lakani. Pada tahun 1681, sebanyak 150 orang Bugis
menetap di Kedah. Manakala sekitar abad ke-18, Daeng Matokko’ dari Peneki,
sebuah daerah di Wajo’, menetap di Johor. Sekitar 1714 dan 1716, adiknya, La
Ma’dukelleng, juga ke Johor. La Ma’dukelleng juga diberi gelar sebagai pemimpin
bajak laut oleh Belanda.
Keturunan
Opu Tenriburong memainkan peranan penting dimana mereka bermukim di Kuala
Selangor dan Klang keturunan ini juga turut dinobatkan sebagai Sultan Selangor
dan Sultan Johor. Malahan, kelima-lima anak Opu Tenriburong memainkan peranan
yang penting dalam sejarah di kawasan ini. Daeng Merewah menjadi Yang Dipertuan
Riau, Daeng Parani menikah dengan puteri-puteri Johor, Kedah dan Selangor dan
juga ayanhanda kepada Opu Daeng Kamboja (Yang Dipertuan Riau ketiga), Opu Daeng
Menambun (menjadi Sultan Mempawah dan Matan), Opu Daeng Cella’ (menikah dengan
Sultan Sambas dan keturunannya menjadi raja di sana).
Pada
abad ke-19, sebuah teks Melayu yaitu Tuhfat al-Nafis mengandung cerita-cerita
seperti di dalam La Galigo. Walaubagaimanapun, terdapat perubahan-perubahan
dalam Tuhfat al-Nafis seperti permulaan cerita adalah berasal dari Puteri
Balkis, Permaisuri Sheba dan tiada cerita mengenai turunnya keturunan dari
langit seperti yang terdapat di dalm La Galigo. Anak perempuannya, Sitti
Mallangke’, menjadi Ratu Selangi, sempena nama purba bagi pulau Sulawesi dan
menikah dengan Datu Luwu’. Kisah ini tidak terdapat dalam La Galigo. Namun
demikian, anaknya, yaitu Datu Palinge’ kemungkinan adalah orang yang sama
dengan tokoh di dalam La Galigo. Sumber;
id.wikipedia.org
Advertisemen