Advertisemen
Syair Ulama Sufi Tentang laila & majnun
Di tulis oleh seorang sufi Persia iaitu Hakim Nizami
Ganjavi. Kisah Laila Majnun adalah kisah antara Imra’il Qais dan Laila. Ini
adalah kisah perjalanan seorang sufi untuk sampai kepada Tuhannya, pada proses
cinta, dimana kecintaan telah membuat Majnun menanggalkan keegoannya, memandang
dirinya dan penciptanya sebagai sebuah kesatuan yang tak terpisah, sehingga
mencapai tahap peniadaan diri.
Kita dihadapkan pada perjuangan yang bukan saja
menembus batas harga diri, tetapi juga mengorbankan darah dan nyawa dari
orang-orang yang berpihak. Perjalanan Majnun mencintai Laila, perasaan Laila
terhadap Majnun, syair2 yang berada diantara mereka, pilihan hidup mereka yang
mempengaruhi orang2 di sekitar mereka, secara keseluruhan menggambarkan
berbagai sisi kehidupan.
Bukankah suatu kegilaan bila kita terbakar
selamanya dalam nyalaan api. ?Bukankah suatu kegilaan jika tidak makan dan
tidur sedikitpun. ? Semakin ubat dicari semakin parah sakitnya.. Begitu dekat,
namun terasa begitu jauh..
Hanya kata “Laila” yang sangat berarti.
Ketika orang membicarakan hal lain, ia akan menutup telinganya dan mengunci
mulutnya.
Katakan padanya: “Orang yang telah mengorbankan
segalanya untuk-Mu menyampaikan salam dari jauh. Titipkan sehembus nafas-Mu
melalui sang angin untuk memberitahu dia bahawa engkau masih memikirkannya.”
“Oh lilin jiwaku jangan kau siksa diri ku, ketika
aku mengelilingimu, kau telah memikatku, kau telah merampas tidurku, akalku
juga tubuhku.”
Laila adalah cahaya fajar, Majnun adalah
sebatang lilin Laila adalah keindahan, Majnun adalah kerinduan Laila menabur
benih cinta, Majnun menyiraminya dengan air mata Laila memegang cawan anggur
cinta, Majnun berdiri mabuk oleh aromanya
“Aku bagaikan orang yang kehausan, kau pimpin aku
menuju sungai Eufrat, lalu sebelum sempat aku minum, kau menarikku dan kembali
ke kawasan panas membara, padang pasir yang tandus !..
Kau mengajakku ke meja jamuan, tapi tidak
pernah mempersilakanku makan ! mengapa kau menampakkannya kepadaku di awal,
jika tidak pernah berniat untuk membiarkan aku memiliki hartaku.?
“Aku melihat matanya dalam matamu, lebih hitam dari
kegelapan. Namun bayangannya tidak akan kembali oleh hanya kesamaan. Kerana apa
yang telah hilang dariku tidak akan digantikan. Dan yang tersisa hanyalah
kenangan yang menyakitkan.”
“Setiap hembusan angin membawa harumanmu
untukku. Setiap kicauan burung mendendangkan namamu untukku. Setiap mimpi yang
hadir membawa wajahmu untukku. Aku milikmu, aku milikmu, jauh maupun dekat.
Dukamu adalah dukaku, seluruhnya milikku, di manapun ia tertambat.”
Di alam ini semua hal ditakdirkan untuk binasa,
tidak ada yang abadi. Namun, jika Anda “mati” sebelum Anda mati, berpaling dari
dunia dan kemunafikan wajahnya, Anda akan meraih keselamatan dalam kehidupan
yang abadi. Terserah pada Anda: Anda adalah penentu bagi takdir Anda sendiri.
Pada akhirnya kebaikan akan bersatu dengan kebaikan dan keburukan dengan keburukan.
Ketika rahasia Anda diteriakkan dari puncak gunung dan gaungnya kembali, Anda
akan mengenali suara itu sebagai suara Anda sendiri..
Jalan kita berbeza dan tidak akan pernah
bertemu.. Kau adalah sahabat bagi dirimu sendiri. Diriku adalah musuh terbesarku.
Apakah kau fikir akulah yang kau lihat
dihadapamu ?.
Kau membayangkan bahawa kau melihatku,
tapi dalam kenyataannya aku tidak ada
lagi.
Aku telah tiada dan hanya yang dicintai
yang kini tersisa.
Akhirnya seorang sufi bermimpi melihat Majnun berada
di samping Tuhan, dan Tuhan membelai-belai kepala Majnun dengan penuh kecintaan
dan kasih sayang. Majnun disuruh duduk di samping Tuhan, lalu Tuhan berkata:
“Tidakkah engkau malu memanggil Aku dengan nama Laila setelah kau teguk anggur
cinta-Ku? “ sufi itu terbangun dalam keadaan cemas, Ia melihat posisi Majnun,
tetapi di manakah Laila.. ? Tuhan mengilhamkan dalam hatinya, bahwa posisi
Laila lebih tinggi lagi, karena Laila menyembunyikan kisah cinta dalam hatinya.
Laila..
berlalu masa,saat orang meminta
pertolonganku
dan sekarang adakan seseorang penolong
yang akan memberitahu rahsia jiwaku pada
Laila?
wahai Lailacinta telah membuatkan aku
lemah tak berdaya
sperti anak hilang,jauh dari keluarga dan
tidak
memiliki harta..
wahai angin
sampaikan salam ku pada Laila!tanyakan
padanya adakah dia masih mahu berjumpa dgnku?
bukankah aku telah berkorban kebahagianku
kerananya?
hingga diri ini terbiar,sengsara di padang
pasir gersang..
wahai kesegaran pagi yang murni dan indah,
mahukah kau sampaikan kerinduanku pada
Laila?
belailah rambutnya yang hitam berkilau,
untuk mengungkapkan dahagacinta yg
memenuhi hatiku..
wahai angin mahukah kau membawa keharuman
rambutnya kepada ku? sebagai pelepas rindu di hati..
Wallahu a'lam...
Advertisemen